Hmmhh...(hembusan nafas panjang)...KENAPA??
Semalam fikiran aku sangat buntu. Otak dah macam nak cramp...adehh..adehh!!. dan semua nya di sebabkan!!!...biasa la masalah yang sering di hadapi oleh manusia...DUIT!!MONEY!!.
Hanya orang2 asli atau pun orang yang duduk di kawasan pendalaman aje kurang menghadapi masalah ni kerana cara hidup mereka berbeza.
Tatkala cara hidup orang bandar pula penuh dengan keinginan, peningkatan teknologi yang tak pernah berhenti dan corak 'entertainment' yang semuanye pakai duit.
Kenapa tak macam dulu...bila aku boring aku keluar main konda-kondi, bila aku tonton TV rangkaian RTM1 atau RTM2 atau TV3 di mana aku 'just adjust' antenna atas televisyen tu aje untuk siaran yang lebih cantik.
Sekarang nak main bola pun kena bayar la beb...satu court mencecah MYR 100....untuk tontonan TV MYR 107...pehh tak duduk diam duit kita sekarang..
Di sini....aku tempel kan satu cerita yang aku dapat dari emel terus..(haha..FWD EMAIL)
Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya: "Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab: " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah.
Eh, ko camner lak?"
Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,: "Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"
Begitu lah nilai taraf hidup rakyat malaysia sekarang...
Sekarang duit satu sen di mansuhkan...supaya 'mudah kira'..
Siapa tahu satu hari nanti MYR 1 pun hilang nilai...
ok...berbalik kepada kenapa aku menghembus nafas panjang...
Semalam aku baru selesai bincang mengenai ekonomi rumahtangga aku dengan isteri tersayang...dan outcome untuk expenses yang aku dapat sgt tinggi nilainya manakala duit balance untuk belanja tinggal sedikit saja
Bukannya tak mampu..kerana itu setelah di asingkan wang simpanan.
Tapi melihat kan kepada kadar...'expenses'...wuihhh!!! gerun.
Dan apa yang memelik kan aku...kenapa dahulu aku bergajikan MYR500 sebulan aku boleh hidup cukup2 makan,aku bergaji MYR 800 masih lagi cukup2 makan, MYR 1800 masih cukup2 makan dan sekarang di mana bagi aku 'suitable' la untuk kahwin + dua orang punya income lagi tu...masihhh lagi cukup2 makan.
Adduuhh..pening2..fikiran berkecamok..(isteri aku suka bila dengan perkataan berkecamok...:) )
Ermmm...tapi tak apa lah...
Aku sudah tahu dimana silap nya...hari ini.
Hahahahahaha!!!!!!
A story about...everything
sekian...jumpa disana
Friday, August 22, 2008
Semalam Gelap..
Categories Kehidupan..
illustrated by lautandarat at 8/22/2008 07:22:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
okler tu.....nak jadi singgit pun susah beb kdg2 :-) mesjid2...
Kenapa singgit..sbb kalau bawah singgit masuk tabung ade bunyi kantoi!!...kalau singgit mauk tabung senyap aje...membuat orang tertanya2..berapa kah jumlh wang yang dia mask td??
Post a Comment